Tahun 2017

Tahun ini.
Hari ini.
Dua bulan bakal akan datang nanti.
Aku akan menginjak ke usia yang lebih mencabar.

Kadang,
aku terasa lelah.
Bersendiri.
Dan, kebahagian yang ku ciptakan sendiri untuk melihat diri sendiri tersenyum ceria.

Aku yang sekarang adalah aku yang dulu.
Cuma,
semakin lama semakin dimakan dek usia.
Dan,
hati aku masih tidak pasti dengan hidupku sendiri saat ini.

Adakah kesemua kebahagiaanku ini.
Adalah kebahagiaan yang aku paksakan untuk bahagia?
Entahlah, walaupun berganti masa. Aku masih buntu untuk menjawab dengan jawaban yang pasti.

Aku.
Masih lagi seseorang yang sangat puitis.:P
Cuma, jarang lagi aku nampakkan seperti dulu-dulu.

Tuhan,
betapa rindu.
Tuhan,
berilah aku peluang
walaupun hanya seminit.